Thursday, September 4, 2008

Hamizan


Kelebihan Solat Terawih (untuk semua orang mukmin)
MALAM PERTAMA: Orang mukmin terlepas daripada dosa dan bersih seperti lahirnya dari kandungan ibu.MALAM KEDUA: Dia diampuni dan juga diampuni kedua orang tuanya yang mukmin.MALAM KETIGA: Salah satu malaikat akan mengundang dari bawah Arsy:"mulailah bekerja maka Allah mengampuni dosamu yang lalu".MALAM KEEMPAT: Allah memberi pahala sebanyak pahala membaca Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.MALAM KELIMA: Allah memberikan pahala kepadanya seperti pahala orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Al-Aqsa.MALAM KEENAM: Allah memberikan pahala kepadanya seperti orang melakukan tawaf di Baitul Makmur dan memohon ampun pula baginya semua batu dan tanah keras.MALAM KETUJUH: Seakan-akan dia telah bertemu dengan nabi Musa a.s dan membantu beliau memerangi Firaun dan Haman.MALAM KELAPAN: Allah memberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Nabi Ibrahim a.sMALAM KESEMBILAN: Seakan-akan dia telah mengerjakan ibadah seperti Rasulullah saw.MALAM KESEPULUH:Allah memberikan rezeki kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.MALAM KESEBELAS: Dia akan meninggal dunia seperti hari mula dia dilahirkan.MALAM KEDUA BELAS: Di hari kiamat nanti dia datang dengan wajah yang cantik seperti bulan purnama.MALAM KETIGA BELAS: Pada hari kiamat nanti dia akan selamat dan aman dari segala tanggungjawab.MALAM KEEMPAT BELAS: Para malaikat datang memberikan persaksian bahawa dia sesungguhnya telah mengerjakan solat terawih, Allah tidak akan menghisabnya di hari kiamat.MALAM KELIMA BELAS: Para malaikat dan pembawa arsy dan kursi memohonkan tambah baginya kebaikan.MALAM KEENAM BELAS: Allah mencatatkan dia bebas dari neraka dan diizinkan masuk syurga.MALAM KETUJUH BELAS: DIa diberikan pahala sebanyak pahala para nabi.MALAM KELAPAN BELAS: Salah seorang malaikat akan berkata:"Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan kedua orang tuamu".MALAM KESEMBILAN BELAS: Allah mengangkat darjatnya ke syurga Jannatul Firdaus.MALAM KEDUA PULUH: Dia diberi pahala sebanyak pahala pahala para syuhada dan solihin.MALAM KEDUA PULUH SATU: Allah membangunkan baginyasebuah rumah du syurga dari cahaya.MALAM KEDUA PULUH DUA: Pada hari kiamat nanti dia akan datang dengan keadaan aman dari segala macam kerisauan dan kedukaan.MALAM KEDUA PULUH TIGA: Allah membangunkan baginya sebuah kota dalam syurga.MALAM KEDUA PULUH EMPAT: Akan dikabulkan 24 doa baginya.MALAM KEDUA PULUH LIMA: Allah akan menghapuskan siksa kubur baginya.MALAM KEDUA PULUH ENAM: Allah meningkatkan pahala baginya 40 tahun.MALAM KEDUA PULUH TUJUH: Di hari kiamat nanti dia kan melalui titian siratul mustaqim dengan mudah.MALAM KEDUA PULUH LAPAN: Allah menangkat 1000 darjat baginya di syurga.MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN: Allah mengurniakan kepadanya 1000 pahala ibadah haji yang makbul.MALAM KETIGA PULUH: Allah berfirman yang bermaksud: "makanlah buah-buahan syurga, mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari telaga kautsar, Aku adalah tuhanmu dan engkau adalah hambaku."SUMBER: Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan
Posted by ae-man at 9:05:00 PM 0 comments

No comments: